2017 KTM 390 Duke diperkenalkan di EICMA

ktm-390-duke-my2017_

KTM memperkenalkan 390 Duke dengan kemaskini untuk 2017 yang lebih menarik dan tampak lebih agresif. Jentera ini mempunyai lampu hadapan yang baru yang tajam dan mirip seperti model KTM 1290 Super Duke. Jentera ini, KTM 390 Duke merupakan salah satu model jalanan yang popular dari KTM untuk pasaran Malaysia dan KTM sebenarnya berusaha keras untuk memenangi hati dan perasaan pengguna jentera jalanan ini di seluruh Asia. 


2017-ktm-duke-390

Lampu hadapan yang lebih tajam memberikan sedikit rekaan yang seakan-akan motosikal dengan reraup penuh berbanding dengan rekaan lampu tegak yang ada sebelum ini. Saya boleh katakan bahawa KTM berjaya menjadikan jentera sebagai satu jentera yang kelihatan sangat menarik berbanding sebelum ini.

ktm-390-duke-my2017_brake-tyre

Sistem brek hadapan dilengkapi dengan cakera bersaiz 320mm dikepit dengan kaliper 4-piston yang mampu menghentikan jentera ganas ini dengan baik. Terdapat juga ABS 2-rangkaian dari Bosch yang membantu penunggang dalam keadaan sukar, namun, bagi penunggang yang mahir dengan ‘stunt’, ABS ini boleh dimatikan.

ktm-390-duke-my2017_front-sus

Tetap dengan suspensi terbalik 41mm, KTM sentiasa memberikan ayunan yang mantap dalam apa jua keadaan.

ktm-390-duke-my2017_swingarm

Manakala untuk suspensi belakang, KTM melengkapkannya dengan lengan ayun tunggal dengan serapan spring progresif yang boleh diubah pelarasannya untuk pelarasan samada tunggangan seorang atau berdua atau dengan muatan barangan.

ktm-390-duke-my2017_engine

Rangka KTM 390 Duke ini menggunakan jenis Trellis yang tegar dan ringan yang mampu memberikan jentera ini luncuran yang mantap semasa mengambil selekoh. Enjin KTM 390 Duke ini berkapasiti 373.2cc yang mampu menghasilkan 32kW (43-44hp) dengan sistem transmisi 6-kelajuan.

Spesifikasi Teknikal 2017 KTM 390 Duke

Engine

  • Design

    1-cylinder, 4-stroke engine

  • Displacement

    373.2 cm³

  • Bore

    89 mm

  • Stroke

    60 mm

  • Power in KW

    32 kW (42.9hp)

  • Starter

    Electric starter

  • Lubrication

    Wet sump

  • Transmission

    6-speed

  • Primary drive

    30:80

  • Secondary gear ratio

    15:45

  • Cooling

    Liquid cooled

  • Clutch

    PASC™ antihopping clutch, mechanically operated

  • EMS

    Bosch EMS

Chassis

  • Frame design

    Steel trellis frame, powder coated

  • Front suspension

    WP upside-down Ø 43 mm

  • Rear suspension

    WP monoshock

  • Suspension travel (front)

    142 mm

  • Suspension travel (rear)

    150 mm

  • Front brake

    Four-piston radial fixed calliper, brake disc

  • Rear brake

    Single-piston floating calliper, brake disc

  • Front brake disc diameter

    320 mm

  • Rear brake disc diameter

    230 mm

  • ABS

    Bosch 9MB two-channel ABS

  • Chain

    X-Ring 5/8 x 1/4″

  • Steering head angle

    66 °

  • Wheelbase

    1357 ± 15.5 mm

  • Ground clearance

    185 mm

  • Seat height

    830 mm

  • Tank capacity (approx.)

    13.4 l

  • dry weight

    149 kg

Leave a Reply