Ulang tahun Vespa ke-70: Perhimpunan terbesar di Publika

vespa-70th-anniversary-01

Sambutan ulang tahun Vespa ke-70 di Publika, 19 November 2016

Sempena ulang tahun Vespa yang ke-70 tahun ini, Naza Premia Sdn Bhd (pengedar rasmi Vespa di Malaysia) akan menganjurkan satu karnival yang digelar “Largest Vespa Gathering” ataupun Perhimpunan Vespa Terbesar.

Perhimpunan ini akan berlangsung di Publika Shopping Gallery, Kuala Lumpur pada Sabtu, 19 November 2016 dari jam 11 pagi hingga 9.30 malam. Keseluruhan bahagian Square dan Boulevard di Publika akan digunakan hanya untuk karnival Vespa ini. Untuk memperingatkan warisan jenama skuter terunggul di dunia, akan terdapat beberapa Vespa klasik yang akan dipamerkan dilengkapi dengan latar belakang dan sejarah yang menarik. Karnival ini juga akan mempamerkan ‘photowall’ yang diilhamkan dari Kopitiam Malaysia yang dikaitrapat dengan jenama termasyhur dan juga sejarah Vespa di Malaysia. “Konvoi Terbesar Vespa” juga telah diaturkan sempena sambutan ulang tahun ke-70 Vespa. Konvoi akan bermula di Naza Automall dan bergerak ke beberapa tempat menarik di Kuala Lumpur sebelum sampai di Publika. Bagi pemilik-pemilik Vespa yang berminat untuk menyertai konvoi ini, sila klik di sini untuk pendaftaran. Anggaran peserta-peserta untuk konvoi Vespa terbesar ini adalah dalam 500 buah Vespa. Kepada penunggang dan juga penumpang yang telah disahkan penyertaan, anda akan menerima cenderamata istimewa Vespa ulang tahun ke-70 yang tidak akan dijual dimana-mana. Print Sewaktu karnival ini berlangsung, 3 buah model Vespa khas ulang tahun ke-70 akan turut juga dipamerkan iaitu Vespa GTS, Vespa PX dan Vespa Primavera. Turut terdapat 2 unit model yang telah dikemaskini untuk 2016 iaitu Vespa Sprint ABS dan Vespa Primavera ABS . Vespa Sprint Adventure juga akan menyertai semua model-model terbaru dari Vespa. Untuk memeriahkan lagi suasana di Publika nanti, terdapat juga artis-artis yang akan menghadiri acara ini seperti Amy Search, Maha Jefry dan Tasha. Juga terdapat penampilan artis khas iaitu Joey G dan Nabila Huda. Gerai-gerai makanan dan aktiviti untuk seisi keluarga seperti “face painting”, “air brush tattoo” dan juga permainan karnival akan dijalankan agar suasana di karnival ulangtahun ke-70 Vespa ini meriah sentiasa. Bagi para hadirin, pertandingan “Lucky Draw” juga akan berlangsung dimana hadiah utama merupakan sebuah Vespa S125 dan juga hadiah-hadiah lain khas dari Vespa. MM_Vespa_S125_-2 Semua pemilik, peminat dan individu-individu yang ingin mengetahui Vespa dengan lebih lanjut mengenai boleh kunjungi karnival ini pada 19 November 2016. Karnival ulang tahun Vespa di Publika ini adalah terbuka bagi semua. img_7096-2 Jumpa anda semua di Perhimpunan Vespa Terbesar di Publika, 19 November 2016.  

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]