BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan BMW R nine T Scrambler – RM92,900

the-new-bmw-r-ninet-scrambler-1

BMW Motorrad Malaysia membawakan kepada peminat jenteranya disini dengan BMW R nine T Scrambler. Sejarah model Scrambler untuk BMW bermula pada 1951 dimana BMW R 68 telah dipersembahkan di International Bicycle and Motorcycle Fair IFMA di Frankfurt dengan ekzos tinggi konfigurasi 2-1.

BMW R nine T ini dikuasakan oleh enjin peninju (boxer) 2-silinder dengan penyejukan udara yang klasik. Saiz gerek dan lejang pada 101mm x 73mm memberikan jumlah kebuk pembakaran pada 1,170cc. Kuasa maksimum yang mampu dijana oleh enjin yang lebar ini adalah 110hp dan 116Nm pada 6,000RPM dengan putaran enjin maksimum pada 8,500RPM. Semua kuasa ini disalurkan kepada kotak gear 6-kelajuan.

Data penggunaan minyak menunjukkan BMW R nine T mampu bergerak 100km dengan 5.3 liter petrol.  Tangki petrolnya juga besar pada kapasiti 17 liter untuk memastikan anda dapat bergerak jauh.the-new-bmw-r-ninet-scrambler-2

Sistem brek dilengkapi dengan ABS 320mm cakera untuk brek hadapan dengan kaliper 4-piston. Saluran brek pula disalut dengan keluli. Manakala untuk sistem brek belakang, cakera 265mm dengan kaliper 2-piston memastikan jentera ini menerima kuasa pembrekan maksimum.

Harga BMW R nine T adalah RM92,900 (asas termasuk GST)


Leave a Reply