Shell memperbaharui tajaan MotoGP Malaysia sehingga 2020

sepangcircuit

Shell dan Dorna Sports mengumumkan berita gembira dengan Shell telah memperbaharui tajaan mereka sehingga 2020. Ini bermakna selama 4 tahun berturut-turut iaitu pada 2017, 2018, 2019 dan 2020, tajaan ini adalah eksklusif kepada Shell sebagai penaja utama di MotoGP Sepang dengan nama Shell Malaysian Motorcycle Grand Prix.  

Shell menyambut ulangtahun ke-125 mereka di Malaysia dan ini menjadi satu usaha yang baik dalam meluaskan jenama mereka dimana Shell juga menjadi rakan teknikal dalam pasukan Ducati Corse sejak 2003.

Ini mengesahkan bahawa Malaysia masih lagi menganjurkan perlumbaan MotoGP untuk masa akan datang yang kini menjadi acara utama di Sepang setiap tahun.

 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]