5 pelumba Malaysia akan beraksi di Sepang hujung minggu ini

khairul-superkip
Khairul Idham Pawi aka SUPERKIP #89

Lima pelumba Malaysia akan beraksi di siri perlumbaan Moto2 dan Moto3 di Sepang hujung minggu ini pada 28-30 Oktober ini. SUPERKIP #89 akan beraksi dalam siri Moto3 bersama dengan Adam Norrodin #7. SUPERKIP atau Khairul Idham Pawi telah menunjukkan prestasi yang sangat baik pada tahun pertama kemunculannya dalam siri Moto3 dimana beliau telah menjuarai dua litar dalam keadaan hujan di Argentina dan Jerman

adam-norrodin
Adam Norrodin #7

Adam pula dalam kedudukan terbaik di lap terakhir semasa di Argentina sebelum terbabas dan berakhir dengan kedudukan 11. Pada perlumbaan sebelum Sepang di Australia, Adam berada pada kedudukan 11 yang mana kedudukan yang baik untuk musim pertama beliau.

hafiq-azmi

Seorang pelumba lagi akan menyertai Moto3 sebagai ‘wildcard’ iaitu Hafiq Azmi sebagai gantian kepada John McPhee dalam pasukan Peugeot MC Saxoprint.

hafizh-ramdan

Siri Moto2 membawakan Hafizh Syahrin atau Pescao55 dan Ramdan Rosli. Pescao55 kini dalam kedudukan sepuluh teratas dimana beliau berada di kedudukan 9, yang mana semakin meningkat berbanding dengan tahun-tahun sebelum ini. Pescao55 kini memungut secara keseluruhan 106 mata. Ramdan Rosli menyertai siri Moto2 dengan mendapat ‘wildcard’ untuk dua perlumbaan iaitu di Australia dan juga di Malaysia.

Kami dari MotoMalaya ingin mengucapkan Selamat Bertarung dan Maju Jaya kepada semua pelumba Malaysia di Sepang nanti!

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]