Suzuki akan hadir dengan 2 model 250cc – GSX-S250F dan GSX-R250?

gsx_r250

Majalah Young Machine dari Jepun menunjukkan dua grafik yang dikatakan mungkin model 250cc keluaran Suzuki pada 2017. Dua model yang dimaksudkan adalah GSX-S250F, yang merupakan model sukan kembara (sport tourer) dan GSX-R250, yang lebih mirip kepada model perlumbaan. 

Renderan Suzuki GSX-R250 dari MotoBlast
Renderan Suzuki GSX-R250 dari MotoBlast

GSX-S250F mempunyai perbezaan pada bahagian bar pemegang yang lebih tinggi dan kedudukan tempat duduk yang lebih renda. Bar pemegang yang tinggi akan memberikan lebih keselesaaan kepada penunggang dalam keadaan pemanduan di bandar dan gaya tunggangan yang santai. Tempat duduk yang lebih rendah akan memberikan keselesaan untuk kaki mencapai tanah dan juga memberikan gaya duduk yang lebih tegak.

Kami dapat mengagak bahawa dua model ini dipersembahkan untuk menyaingi dominasi dari Kawasaki dan Yamaha. Jika kena dengan harga dan prestasinya, pasti ramai akan beralih kepada Suzuki pula. Tapi tidak di Malaysia…

Sumber: http://tmcblog.com/2016/09/22/bakal-ada-dua-jenis-suzuki-gsx-250-cc-gsx-s250f-dan-gsx-r250/

Leave a Reply