Yamaha SR400 berpengecas lampau oleh Krugger, Belgium – ini mungkin cafe racer terbaik dunia

krugger-yamaha-sr400-2

Fred ‘Krugger’ Bertrand dari Belgium mempersembahkan model modifikasi hasil kerja tangan beliau yang berasaskan model Yamaha SR400.

SR400 merupakan motosikal dengan hanya kapasiti 400cc yang mana mungkin agak kecil berbanding dengan model yang biasa diubahsuai kepada pelumba kafe berkapasiti 500cc hingga 1000cc. Namun, apa yang menarik bagi pelumba kafe Yamaha SR400 ini adalah penggunaan pengecas lampau Aisin yang kecil yang biasa digunakan dalam kereta kompak dari Subaru.   


krugger-yamaha-sr400

Fred Krugger sebenarnya telah didekati oleh Yamaha Motor Europe untuk menghasilkan satu motosikal ‘custom’ dengan apa saja model Yamaha, dan beliau terus memilih SR400.

Mengapa SR400 dan bukan motosikal yang lebih moden seperti XSR700? Krugger menyatakan bahawa SR400 adalah mesin yang ringan dengan enjin satu silinder. Ini adalah seperti kembali kepada asas sebuah motor.

krugger-yamaha-sr400-3

Pada pendapat saya, Yamaha SR400 berpengecas lampau oleh Krugger dari Belgium ini mungkin adalah cafe racer terbaik dunia. Sempurna.

Sumber: BikeExif

Leave a Reply