MV Agusta F4Z dipertontonkan di Perancis

MV Agusta F4Z yang direka khas oleh Zagato dipertontonkan di Perancis dan ditunggang oleh Babila dari Ride As You Are (RAUR). 

Pada mulanya, rekaan ini nampak janggal tetapi dalam gambar ini, F4Z nampak cantik dan sungguh elegan bila ada penunggang di atasnya. Mungkin Zagato telah memikirkan rekaan F4Z beserta dengan kehadiran penunggang dalam keseluruhan rekaan.

Saya menjangkakan rekaan yang lebih dramatik pada bahagian lampu belakang, mungkin seperti lampu belakang Ducati Panigale atau KTM RC390, namun hanya tiga bulatan kecil dapat dilihat.

Sumber: Dainese FB


Leave a Reply