KTM akan beraksi di Moto2 untuk musim 2017 dengan Brad Binder dan Thomas Luthi

WP-KTM-Moto2-Almeria-2016-1024x683

KTM dengan usahasama WP Suspension kini bersedia untuk beraksi dalam siri perlumbaan Moto2 untuk musim 2017. Pelumba yang akan menavigasi jentera yang cantik ini adalah Brad Binder (Afrika Selatan) dan Thomas Luthi (Swiss). Enjin jentera Moto2 disediakan oleh Honda dan berkapasiti 600cc.

KTM telah membuktikan bahawa mereka adalah saingan yang perlu diambil berat dalam saingan Moto3. Nampaknya KTM ingin menakluki ketiga-tiga siri perlumbaan dengan adanya juga jentera RC16 untuk siri MotoGP.

WP-KTM-Moto2-Race-bike-2017-696x464

Perkara ini disahkan oleh CEO KTM Stefan Pierer bahawa mereka akan menyertai musim 2017 dalam Moto2. Program KTM Moto2 ini akan diuruskan oleh pengurus perlumbaan, Aki Ajo.

Jika WP Suspension boleh menyediakan satu rangka yang baik untuk KTM ini (enjin masih dari Honda 600cc), maka perlumbaan Moto2 akan menjadi lebih sengit dan tentunya lebih menarik dengan adanya pasukan ‘underdog’ yang berdaya saing.

Sumber: BikesRepublic

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]