Intip: 2016 Benelli 135 di lebuhraya PLUS

fb_img_1467811734927.jpg

Sekilas pandang terlihat kelibat Benelli 135 yang dikhabarkan akan diperkenalkan di Malaysia dalam suatu masa nanti. Seperti yang kita ketahui (atau tidak), Benelli 135 bersaiz genit yang sama dalam kategori Kawasaki Z125 Pro,  KSR dan Honda Grom.

Sesuatu yang menarik mengenai Benelli 135 ini adalah rekaannya yang menarik disertakan dengan ekzos bergaya seperti MV Agusta F3. Harga Benelli 135 ini juga boleh dijangkakan untuk menjadi kompetitif untuk mengatasi saingannya seperti mana pernah dilakukan pada model Benelli TnT 600 dan TnT 25. Namun begitu, diharapkan agar ketahanannya Benelli 135 cukup baik dengan kesediaan alat ganti setiap masa agar dapat memenangi hati pemiliknya, jika model ini diperkenalkan dengan rasmi nanti.

Sumber: Tengku Suhighme. Thanks bro!


91 Comments

Leave a Reply