2017 Yamaha SCR950 Sport Heritage – Scrambler Vintaj Moden

SCR950-2

Yamaha memperkenalkan satu model ikonik mereka dalam barisan ‘Sport Heritage’ iaitu Yamaha SCR950 untuk 2017. Kali pertama melihat model ini, ada terlihat sedikit aura motosikal pada tahun 60-70s dan sedikit cafe racer, tetapi Yamaha mengatakan bahawa model ini adalah dalam kategori Scrambler. Ini adalah bertepatan dengan singkatan SCR yang digunakan dalam namanya.

Enjin SCR950 berkapasiti 942cc dengan konfigurasi V-berkembar 4-lejang SOHC berpenyejukan udara

SCR950-4

Rekaan vintaj ini sebenarnya dilengkapi dengan enjin moden yang mempunyai suntikan bahanapi yang lebih tepat memberikan tindakbalas trotel yang cepat. Kuasa 950cc ini disalurkan kepada kotak gear 5-kelajuan dengan sistem berbilang plat basah dengan pelapik getah (rubber damper) untuk penukaran gear yang lebih lembut tanpa kejutan.

SCR950-5

Sistem brek depan dan belakang diberikan oleh brek cakera 298mm berbentuk gelombang (wave disc) yang biasanya digunakan dalam motor sport. Lampu belakang yang bulat memberikan aura ‘neo-retro’ dengan LED yang lebih baik dalam iluminasi. Lampu isyarat juga diletakkan sedikit tinggi untuk lebih penglihatan oleh pengguna jalan yang lain.

SCR950.JPG

Yamaha masih mempercayai bahawa masih terdapat ramai peminat motosikal untuk rekaan yang klasik dengan ciri-ciri moden dan sehingga kini Yamaha masih ingin mengeluarkan model-model seperti SCR950 yang pada pendapat kami, adalah cukup cantik.

Engine Type
58-cubic-inch (942cc) air-cooled SOHC 4-stroke V-twin; 4 valves
Bore x Stroke
85.0mm x 83.0mm
Compression Ratio
9.0:1
Fuel Delivery
Fuel injection
Ignition
TCI: Transistor Controlled Ignition
Transmission
5-speed; multiplate wet clutch
Final Drive
Belt
Suspension / Front
Telescopic fork, 4.7-in travel
Suspension / Rear
Dual piggyback shocks, 2.8-in travel
Brakes / Front
Wave-type disc, 298mm
Brakes / Rear
Wave-type disc, 298mm
Tires / Front
100/90-19
Tires / Rear
140/80R17
L x W x H
88.6 in x 35.2 in x 45.9 in
Seat Height
32.7 in
Wheelbase
62.0 in
Rake (Caster Angle)
28.4°
Trail
5.1 in
Ground Clearance
5.5 in
Fuel Capacity
3.2 gal
Fuel Economy**
51 mpg
Wet Weight
547 lb

2017 Yamaha SCR950 berharga USD8,699 (tukaran terus RM34,900.40)

Sumber: Yamaha Motorsports