2016 Honda RS150R dilancarkan di Malaysia – RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (termasuk GST)

RS150R-repsol

Akhirnya tiba juga jentera moped 150cc daripada Honda ini ke Malaysia. Honda RS150R ini bakal menjadi saingan kepada dominasi Yamaha selama ini dengan Y15ZR. Wujudnya persaingan seperti ini akan memberikan lebih pilihan kepada pengguna dan pada masa yang sama juga pengeluar akan mula meningkatkan kualiti untuk memenangi hati anda semua. Salah satu perkara pertama yang Boon Siew Honda telah buat dengan betul adalah dengan memberikan nama yang cukup sesuai kepada model ini, RS150R. Senang disebut dan nampak gah.

Honda RS150R mengekalkan spesifikasi yang sama dengan model Honda Winner 150 di Vietnam atau Honda Supra GTR 150 di Indonesia cuma kali ini terdapat lampu isyarat terpisah pada bahagian belakang. Moped berkuasa 150cc ini datang dengan konfigurasi DOHC beserta suntikan bahanapi teknologi PGM-FI yang cukup sinonim dengan Honda. Jika dibandingkan dengan Yamaha Y15ZR yang hadir dengan 5 gear kelajuan, Honda RS150R pula hadir dengan 6 gear kelajuan yang sangat digemari untuk penunggang yang menginginkan kawalan kuasa secara optimum samada ingin lebih pikap atau lebih lajak.  2016-Honda-RS150R-Malaysia-002

Enjin DOHC 150cc ini mampu memberikan kuasa sebanyak 11.5kW (15.6PS) @ 9,000RPM (sebagai bandingan Y15ZR 11.3kW(15.4PS) @ 8,500RPM). Daya kilas Honda RS150R maksima pada 13.5Nm @ 6,500RPM (Y15ZR lebih tinggi pada 13.8Nm @ 7,000RPM). Nota: kelajuan maksima mengikut ujian PT Astra di Indonesia adalah 122kpj.

Ciri-ciri Honda RS150R juga sangat menarik dengan kali ini Honda tidak lagi menyekat teknologi mopednya. Lihat saja penggunaan suspensi monoshock pada belakang. Sistem seperti ini sangat jarang digunakan pada moped-moped Honda kerana Honda sedikit konservatif dengan rekaan untuk moped-mopednya. Hadir juga brek cakera depan dan belakang yang semestinya memberikan cengkaman yang lebih baik untuk menghentikan jentera ini pada masa diperlukan.

2016-Honda-RS150R-Malaysia-001

BSH bekerjasama dengan Racing Boy untuk menghasilkan aksesori-aksesori untuk dimuatkan kepada RS150R ini. Anda boleh memilih samada aksesori untuk mencantikkan RS150R atau menambah lagi prestasinya seperti ekzos, atau suspensi yang lebih keras untuk kawalan maksimum.

Tayar hadapan dan belakang juga menerima ciri-ciri yang luar dari kebiasaan Honda dengan kali ini Honda memilih untuk menggunakan tayar yang sangat lebar. Tayar hadapan bersaiz 90/80-17 46P . Ini adalah lebih lebar dan besar berbanding dengan Y15ZR pada 70/90-17 . Tayar belakang pula pada ukuran 120/70-17 58P (sama seperti Y15ZR). Saya pernah menggunakan 135LC 5-speed yang menggunakan tayar lebar dan sangat berpuashati dengan tayar lebar ini dari segi ketahanannya dari bocor dan juga keselesaannya semasa mengambil selekoh. Pembrekan juga menjadi lebih mantap kerana lebih banyak bahagian tayar yang kena pada jalan (contact area).


2016-Honda-RS150R-Malaysia-004

Khairul Idham Pawi turut hadir dalam acara pelancaran ini.

Spesifikasi Honda RS150R (2016)

P x L x T: 2.025 x 725 x 1.102 mm
Jarak roda: 1.284 mm
Jarak terendah: 150 mm
Tinggi tempat duduk: 780 mm
Berat kosong: 119 kg
Kapasitas tangki petrol: 4.5 liter
Jenis mesin: 4 lejang DOHC 4 injap
Bore x stroke: 57.3 x 57.8 mm
Kapasiti mesin: 149.16 cc
Penyejukan: cecair dengan kipas auto
Sistem pengapian: PGM-FI
Nisbah mampatan: 11.3:1
Tenaga maksimum: 15.6PS (11.5 kW)/9.000 rpm
Daya kilas maksimum: 13.5 Nm/6.500 rpm
Transmisi: manual 6 kelajuan
Pola: 1-N-2-3-4-5-6
Starter: electric & kick starter
Sistem klac: wet multiple with coil spring
Sistem pelinciran: basah
Kapasiti minyak enjin: 1.1 liter
Rangka: twin tube steel
Ukuran tayar depan: 90/80-17 46P (Tubeless) Rim 1.85×17
Ukuran tayar belakang: 120/70-17 58P (Tubeless) Rim 3.50×17
Brek depan: hidraulic disc
Brek belakang: hidraulic disc
Suspensi depan: teleskopik
Suspensi belakang: monoshock
Sistem pengapian: full transistor
Bateri: MF 12 V-5,0 Ah
Palam pencucuh: NGK MR9C-9N atau ND U27EPR-N9

1,275 thoughts on “2016 Honda RS150R dilancarkan di Malaysia – RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (termasuk GST)”