2016 Benelli TNT 135 – model jalanan kompak

image

Nota awal: Belum diketahui samada akan masuk Malaysia atau tidak. Harga belum diketahui

Benelli memperkenalkan satu model yang sangat menarik iaitu Benelli TnT 135 yang kompak berkuasa 135cc dalam kategori ‘compact street naked’. Model ini berada dalam kategori yang sama seperti Kawasaki Z125 atau KSR.
Rekaan TnT 135 nampak gagah dengan reraup yang agak tinggi dan mendedahkan rangka Trellis berwarna hitam. Ciri-ciri memberikan sedikit rasa Itali pada keseluruhan rekaannya walaupun diketahui bahawa sekarang syarikat dari China memiliki tanda nama Benelli.
Selain itu, lihat sahaja ekor ekzosnya yang mirip dengan gaya ekzos dari MV Agusta F3 cuma TnT 135 memiliki 2 peredam sahaja. 

image

Enjin 135cc dari TnT 135 ini mampu menghasilkan 12.6hp @ 9,000 RPM dengan daya kilas maksima 10.8Nm @ 7,000 RPM.
Tangki petrol TnT 135 ini juga patut diberikan perhatian kerana mampu memuatkan 7.2 liter bahanapi dan ini semestinya membolehkan perjalanan lebih jauh tanpa perlu berhenti di stesen minyak dengan kerap.

image

Jika model ini masuk ke Malaysia dan saya pasti harganya mesti juga sangat rendah, pesaing terdekatnya iaitu Kawasaki Z125 Pro pasti akan merasakan panasnya persaingan ini.

Sumber: Arena Permotoran

35 Replies to “2016 Benelli TNT 135 – model jalanan kompak”

Leave a Reply