Yamaha 125ZR (2016) warna kuning – RM7,269.00 (asas)

2016-Yamaha-125ZR-Yellow-001

Yamaha 125ZR untuk 2016 kini hadir dengan satu lagi pilihan warna baru iaitu kuning. Ramai mengatakan warna ini sesuai dipanggil sebagai Kuning Diraja (Royal Yellow). Kehadiran Yamaha 125ZR dengan warna kuning ini memberikan nafas baru kepada motosikal berstatus lagenda ini yang telah dikeluarkan sejak dari 1999 hingga kini. Kiranya, sudah hampir 17 tahun peminat 2-lejang di Malaysia dapat menikmati jentera yang sangat menarik ini. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, Yamaha 125ZR adalah salah satu motosikal yang menghampiri kesempurnaan; laju, praktikal dan menarik (dari segi rekaan). Selain itu, Yamaha 125ZR juga lebih murah jika dibandingkan dengan Y15ZR yang juga fokus kepada prestasi.

Kini hanya 3 warna ada dalam pilihan iaitu Merah, Biru Edisi GP dan Kuning. Warna hitam sudah tiada dalam pengeluaran.

2016-Yamaha-125ZR-Super-Sport-Kuning-007

Nasib baik juga kali ini HLYM tidak memadankan lampu isyarat berasingan seperti yang telah berlaku kepada 135LC dan juga Y15ZR. Rekaan lampu kombinasi brek dan isyarat ini pada pendapat saya lebih kemas dan pada masa yang sama lebih tahan lama dan sangatlah susah untuk patah kerana binaannya yang ringkas.

Spesifikasi-2016-Yamaha-125ZR-Super-Sport-001

Prestasi sememangnya apa yang dicari oleh pemilik 125ZR ini dan jentera ini masih mampu mengeluarkan 12.8kW (17.16hp) @ 8,000RPM.

2016-Yamaha-125ZR-Super-Sport-Kuning-006

Sangat cantik, menarik, praktikal dan berprestasi tinggi. Apa lagi pengguna Malaysia mahu?

Harga Yamaha 125ZR (2016) dianggarkan RM8,470 (anggaran dari Mudah.my)

Harga rasmi Yamaha 125ZR (2016) adalah RM7,269.00 (termasuk GST tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans)

Sumber: Arena Permotoran dan Arena Permotoran FB

171 thoughts on “Yamaha 125ZR (2016) warna kuning – RM7,269.00 (asas)”

Leave a Reply