Intip: Honda Winner 150cc (2016) sedang diuji di Malaysia?

Honda-Winner150

Khabar bahawa Honda akan membawakan model moped 150cc yang berasaskan Honda Winner 150 kini sedang bertiup deras di media sosial dan di blog-blog. Kali ini, terdapat satu gambar motosikal yang tidak bergrafik (stiker) pada badannya dan mempunyai rupa bentuk yang sangat mirip dengan Honda Winner 150 Vietnam.  Gambar ini sememangnya di Malaysia kerana motor dibelakang motor intipan itu bernombor plet PKH (saya kaburkan nombor penuhnya). 

HondaWinner-Vietnam

Saya cuba membandingkan gambar intipan dengan model Winner 150 Vietnam dan mendapati memang ada persamaannya pada bahagian peletak kaki (footrest) penumpang. Malah pelindung kaki pada bahagian penunggang juga sama.

Ini menguatkan lagi khabar bahawa Honda memang ingin memperkenalkan model moped 150cc di Malaysia nanti. Adakah namanya akan jadi Honda Wave Victory?

Namun begitu, boleh jadi juga ini hanya sekadar ‘internal test’ yang mengumpul data untuk pihak mereka bagi kajian sahaja.


Sumber: Tq bro Azizi Mat Shariff (https://www.facebook.com/azizi.matshariff)!

92 Replies to “Intip: Honda Winner 150cc (2016) sedang diuji di Malaysia?”




  1. 0



    0

    Entah la tapi sebagai pendapatan dr saya, besar kemungkinan BSH utk bersaing dgn HLY pasaran super moped adalah HARUS agar tidak ketinggalan. Saya pun tiap2 hari dok lalu depan kilang BSH & kebetulan tempat kerja saya betul2 berhadapan dgn test road diaorang. Dan baru2 ni saya perasan dekat parking moto employee diorang dah buat partition dgn siap ada cover lagi tutup tak mau bagi orangramai lihat, ya besar kemungkinan. Tapi yg selalu saya lihat ditepi jln besar adalah 2-3 biji Honda Sonic ditepi bangunan Honda Training Center tu.

Leave a Reply