Helmet Edisi Terhad SGV Champion Gold untuk 2016 – hanya 500 unit

2016-SGV-Limited-Edition-helmet-005

Siapa yang tak kenal dengan helmet jenama SGV di Malaysia ni? Harga yang murah dengan kualiti yang tinggi sememangnya menjadi pilihan penunggang motosikal disini. Kini, Solid Gold Helmets membawakan helmet edisi terhad SGV dengan warna ‘Champion Gold’ untuk peminatnya.  2016-SGV-Limited-Edition-helmet-006Setiap helmet ditandakan dengan stiker khas pada bahagian tepi helmet ini untuk memberikan maklumat bahawa helmet ini sememangnya terhad dalam pengeluarannya.

2016-SGV-Limited-Edition-helmet-001

Sijil keaslian yang khas juga diberikan dengan setiap pembelian helmet ini  untuk membuktikan kesahihan pembelian anda.

2016-SGV-Limited-Edition-helmet-002

Kemasan dalamannya turut menerima sentuhan yang lebih baik dengan lapik fabrik berwarna seakan emas (cream) yang nampak lebih selesa. Kemasan kulit (atau seakan kulit) pada bahagian tepi juga memberikan aura kemewahan.

2016-SGV-Limited-Edition-helmet-003

Sistem butang untuk ‘cap’nya masih lagi 3 butang, tetapi pada pendapat saya, sangatlah menarik jika dibuat 5 butang seperti helmet yang ‘rare’ seperti Magnum V Button.

2016-SGV-Limited-Edition-helmet-004

Sistem penguncian menggunakan sistem D-berkembar (double-D) dengan tab merah untuk menyenangkan lagi untuk membukanya. Tab merah ini merupakan sentuhan kemasan yang menarik dan memberikan fungsi yang bagus. Tidak nampak disini adalah jalur velkro yang mengelakkan tali helmet tersebut berjuntai-juntai.

2016-SGV-Limited-Edition-helmet-007

Stiker reflektif juga dipasang di sekeliling helmet ini berwarna biru dari 3M yang memberikan refleksi yang cemerlang dalam perjalanan pada keadaan yag kurang pencahayaan terutamanya pada waktu malam.

Harga dan tarikh pelancarannya belum dapat dipastikan lagi.

Tahniah kepada Solid Gold Helmets kerana membawakan sesuatu yang asli dari kilang anda untuk pasaran tempatan yang dahagakan sesuatu yang asli dan Buatan Malaysia!

Sumber: Helmet Holic Malaysia dan Solid Gold Helmet FB

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

30 Replies to “Helmet Edisi Terhad SGV Champion Gold untuk 2016 – hanya 500 unit”

Leave a Reply