Honda CBR400R (2016) hanya di Jepun sahaja – JPY699,840 (MYR25,422)

2016-CBR400R-Japan

Motosikal berkuasa 400cc merupakan satu pemandangan yang agak asing untuk peminat motosikal di Malaysia pada masa kini. Pada masa dahulu, kita pernah mengenali CB400 dan setelah itu, dunia motosikal biasanya dikategorikan kepada 250cc, 500cc, 600cc dan 1000cc untuk segmen motosikal berkuasa tinggi.

Namun begitu, Honda CBR400R ini wujud untuk mengingatkan kita bahawa 400cc masih lagi wajar untuk dikisahkan. Walaupun hanya dipasarkan kepada beberapa negara sahaja, CBR400R ini mempunyai aura yang terkesan dari model 500cc iaitu CBR500R.

Honda CBR400R menerima perubahan pada bentuknya secara keseluruhan tetapi masih mengekalkan enjin yang sama. 

lampu-CBR400RLampu hadapan dapat dilihat menggunakan LED untuk iluminasi yang lebih terang.

2016-CBR400R-Japan-003

Rekaan asasnya lebih tajam dan tampak lebih ‘sporty’. Jika anda lihat dengan lebih dekat, anda akan dapati bahawa peredam ekzos kini lebih pendek tetapi lebih aerodinamik berbanding dengan model sebelumnya.

2016-CBR400R-Japan-002

Honda CBR400R untuk 2016 hadir dengan 3 warna yang menarik iaitu Tricolor, merah dan hitam.

2016-CBR400R-Japan-001

Walaupun di Malaysia kita tidak menerima model ini untuk pasaran disini, varian yang berkapasiti lebih besar iaitu CBR500R (2016) mungkin akan hadir untuk mengganti CBR500R (2013) yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Sumber: http://www.honda.co.jp/CBR400R/

 

31 Replies to “Honda CBR400R (2016) hanya di Jepun sahaja – JPY699,840 (MYR25,422)”

Leave a Reply