Galeri: Gambar Studio Yamaha 135LC 4-kelajuan (2016) – RM7,068.08 (harga asas termasuk GST)

 

Yamaha 135LC 4-kelajuan kini rasmi dengan 5 peningkatan iaitu (1) lampu reraup yang berbeza, (2)lampu reraup kini LED bukan lagi halogen, (3)lampu belakang yang lebih tinggi pada bar pemegang belakang (bar pemegang belakang juga menerima perubahan rekaan), (4)rekaan lampu belakang diubah dengan lampu isyarat yang terpisah (mengikut peraturan UNECE) dan yang kelima visor penghadang angin kini datang sebagai aksesori asas.

Terdapat 3 pilihan warna iaitu putih/hitam dengan rim merah, merah/hitam dan biru/kelabu dengan rim hitam bergaris putih.

Semua pilihan warna ini datang dengan satu varian sahaja iaitu klac automatik. Tiada model 135LC yang 5-kelajuan dengan klac manual seperti yang dapat kami perhatikan. Adakah ini bermakna model Yamaha 135LC 5-kelajuan klac manual yang diperkenalkan pada 2011 sudah tiada lagi dalam produksi? Ini logik dan bertepatan dengan model Y15ZR yang hanya hadir dengan varian klac manual sahaja. Apa kata anda?

Silalah semak galeri gambar studio rasmi yang jelas dan beresolusi tinggi:  

Yamaha 135LC Putih/Hitam dengan rim merah (2016)

Yamaha 135LC Merah/Hitam dengan rim hitam bergaris putih (2016)

 

Yamaha 135LC Biru/Kelabu dengan rim hitam bergaris putih (2016)

Spesifikasi enjin tidak mengalami perubahan dengan 8.93kW (11.97hp) pada 8,500RPM dan daya kilas pada 11.79Nm pada 5,500RPM.

Click to embiggen!

Harga Yamaha 135LC 4-kelajuan (2016) adalah RM7,068.08 (harga asas termasuk GST tanpa pendaftaran, cukai jalan dan insurans). Hadir pada Mac 2016.

129 Replies to “Galeri: Gambar Studio Yamaha 135LC 4-kelajuan (2016) – RM7,068.08 (harga asas termasuk GST)”




  1. 0



    0

    Iiissshhh…..tak pyh la beli moto ini…kwn saya beli moto ini..skrg rugi la dia…ini maksimum topspeed odometer 122km/h…tak blh modify enjin…1 litre pegi 30 km shj…future best lar…bunga…aku suka lc v3…ini mmg mcm saya

Leave a Reply