Benelli TNT 25 (2016) hadir ke pasaran Malaysia – RM12,990 (harga asas tidak termasuk GST)

2016-Benelli-TnT_25_RED_01-003

Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd (BKM) membawakan satu pencabar dalam kategori 250cc yang popular dengan nama TnT25. TnT adalah singkatan dari ‘Tornado Naked Tre’ yang mengaitkan model ini sebagai model jalanan yang berangka Trellis.

TnT25 hadir dengan enjin 4-lejang satu silinder 249cc dengan 4-injap. Enjin ini disejukkan menggunakan sistem penyejukan cecair untuk memastikan perjalanan jauh tidak menjadi halangan kepada penunggang yang kental.  

2016-Benelli-TnT_25_RED_01-001Kuasa sebanyak 25.2kk (18.5kW) dapat digunakan pada 9,000RPM dengan daya kilas sebanyak 21.5Nm pada 7,500RPM. Penyaluran bahanapi pada TnT25 diuruskan oleh sistem penyuntik bahanapi (EFI) yang memastikan penjimatan minyak pada setiap keadaan.

Apa yang lebih menarik mengenai TnT25 adalah penggunaan suspensi hadapan yang berkonfigurasi terbalik tampak lebih agresif dan pada masa yang sama, sebenarnya berguna dalam keadaan mengambil selekoh pada halaju tinggi.

Harga Benelli TnT25 ini adalah RM12,990 (harga asas tidak termasuk GST) dan didatangkan di dalam dua warna pilihan iaitu merah dan hijau. Pada harga ini, TnT25 adalah sangat menarik untuk tidak dimasukkan dalam pilihan anda sekiranya anda sedang berkira-kira untuk mendapatkan motosikal 250cc. Benelli TnT25 akan mula berada di pasaran pada hujung Januari 2016.

TnT25 didatangkan dalam tempoh jaminan selama setahun atau 10,000 kilometer (yang mana datang dahulu) dan tempoh jaminan boleh dilanjutkan lagi untuk tiga bulan dengan syarat pemilik harus mendaftar pembelian melalui laman web BKM iaitu www.benelli.keeway.my


benelli-tnt25-specs

184 thoughts on “Benelli TNT 25 (2016) hadir ke pasaran Malaysia – RM12,990 (harga asas tidak termasuk GST)”

Leave a Reply