Honda MSX 125 (2017) untuk Eropah dan Australia – ‘streetfighter’ mini

April 30th, 2016 7:39 am by

2017-Honda-MSX-125

Honda sedang menyiapkan motosikal ‘streetfighter’ mini; MSX 125, berkapasiti 125cc untuk pasaran Eropah, Australia dan juga US. Honda MSX 125 juga dikenali sebagai Honda Grom di beberapa negara. Kali ini, Honda MSX 125 menerima perubahan kosmetik yang agak banyak dengan rekabentuk yang lebih tipis dan warna yang lebih terang.  Read the rest of this entry »

1980s Yamaha SRX 250 – Tasty Sport for Urban Life

April 29th, 2016 7:15 pm by

Yamaha-SRX-250-001

Sekali-sekala, mari kita lihat kembali jentera yang hebat pada satu masa lepas. Yamaha SRX 250.

198x? Yamaha SRX 250

Enjin: DOHC4 4-lejang 249cc

Kuasa: 32PS @ 10,000RPM, 2.4kg-m @ 8,500RPM

Tayar: 90/90-16 Depan, 100/90-18 belakang

Berat: 121kg

Nota: Jentera yang cukup baik pada zamannya. Kombinasi tayar yang agak jarang digunakan, 18 inci untuk belakang dan 16 inci untuk hadapan.  Read the rest of this entry »

Honda Supra X150 mungkin dinamakan Supra GTR150 di Indonesia

April 28th, 2016 9:46 pm by

image

Mengikut satu bocoran yang dikatakan sebagai moped 150cc dari Honda, nama yang menggantikan Supra X150 adalah Supra GTR150. Moped 150cc dari Honda telah dilancarkan di Vietnam dengan nama Honda Winner 150 dan telah dilihat sedang diuji di Indonesia dan juga di Indonesia. Read the rest of this entry »

Yamaha 125ZR (2016) warna kuning – RM7,269.00 (asas)

April 26th, 2016 8:23 am by

2016-Yamaha-125ZR-Yellow-001

Yamaha 125ZR untuk 2016 kini hadir dengan satu lagi pilihan warna baru iaitu kuning. Ramai mengatakan warna ini sesuai dipanggil sebagai Kuning Diraja (Royal Yellow). Kehadiran Yamaha 125ZR dengan warna kuning ini memberikan nafas baru kepada motosikal berstatus lagenda ini yang telah dikeluarkan sejak dari 1999 hingga kini. Kiranya, sudah hampir 17 tahun peminat 2-lejang di Malaysia dapat menikmati jentera yang sangat menarik ini. Seperti yang saya pernah katakan sebelum ini, Yamaha 125ZR adalah salah satu motosikal yang menghampiri kesempurnaan; laju, praktikal dan menarik (dari segi rekaan). Selain itu, Yamaha 125ZR juga lebih murah jika dibandingkan dengan Y15ZR yang juga fokus kepada prestasi.

Kini hanya 3 warna ada dalam pilihan iaitu Merah, Biru Edisi GP dan Kuning. Warna hitam sudah tiada dalam pengeluaran.

Read the rest of this entry »

Intip: Honda Winner 150cc (2016) sedang diuji di Malaysia?

April 24th, 2016 1:54 pm by

Honda-Winner150

Khabar bahawa Honda akan membawakan model moped 150cc yang berasaskan Honda Winner 150 kini sedang bertiup deras di media sosial dan di blog-blog. Kali ini, terdapat satu gambar motosikal yang tidak bergrafik (stiker) pada badannya dan mempunyai rupa bentuk yang sangat mirip dengan Honda Winner 150 Vietnam.  Gambar ini sememangnya di Malaysia kerana motor dibelakang motor intipan itu bernombor plet PKH (saya kaburkan nombor penuhnya).  Read the rest of this entry »