Model-Model Motosikal KTM Six Days 2018 Serba Baru Diperkenalkan Dengan Rangkaian Kemaskini Penuh

 

 

  • KTM Amerika Utara telah mengumumkan dua model motosikal KTM Six Days 2018 edisi khas serba baru bersempena dengan perlumbaan ‘off-road’ International Six Days Enduro (ISDE) tahun ini.
  • Dua model baru 2018 adalah KTM 300 XC-W Six Days dan KTM 450 EXC-F Six Days yang didatangkan dengan grafik istimewa serta pelbagai bentuk
    kemaskini prestasi.
  • Kedua-dua model ini telah diletakkan pada harga €9,298 (kira-kira RM46,104) bagi KTM 300 XC-W Six Days dan €10,499 (kira-kira RM52,060) untuk KTM 450 EXC-F Six Days.

Continue reading “Model-Model Motosikal KTM Six Days 2018 Serba Baru Diperkenalkan Dengan Rangkaian Kemaskini Penuh”

Kunjungi Art of Speed Malaysia 2017 & MENANGI MOTOSIKAL BUATAN KHAS YAMAHA RXZ TWINBOSS DRAGSTER INI!

 

  • Acara Art of Speed Malaysia 2017 akan menghadiahkan satu hadiah utama yang cukup istimewa pada hari Ahad ini dalam bentuk sebuah motosikal dragster Yamaha RXZ Twinboss.
  • Motosikal dragster RXZ Twinboss ini dijana oleh dua enjin dua lejang yang bekerja seiring dengan gabungan kapasiti sehingga 270cc yang bersamaan dengan sebuah motosikal lumba empat lejang middleweight dari segi kapasiti.
  • Acara Art of Speed tahun ini akan diadakan dari 29 hingga 30 Julai 2017 di MAEPS Serdang jadi pastikan anda berada di sana sewaktu mereka
    mengumumkan siapakah pengunjung yang bertuah yang boleh membawa pulang si buas ini!

Continue reading “Kunjungi Art of Speed Malaysia 2017 & MENANGI MOTOSIKAL BUATAN KHAS YAMAHA RXZ TWINBOSS DRAGSTER INI!”

Indian Scout Bobber 2017 “Thunder Black” Diperkenalkan

 

  • Indian Scout Bobber 2017 yang terkini telah pun diperkenalkan baru-baru ini untuk pasaran motosikal cruiser.
  • Diwarnakan hitam dalam kemasan warna “Thunder Black”, Indian Scout Bobber ini didatangkan dengan dapra depan dan belakang yang telah dipotong beserta dengan ciri-ciri Bobber yang lain.
  • Dijana oleh enjin 69 inci persegi (1,130cc) V-berkembar, DOHC suntikan bahanapi yang menghasilkan 100ho pada 8,100rpm dan 97.7Nm tork.

Continue reading “Indian Scout Bobber 2017 “Thunder Black” Diperkenalkan”

MForce Bike Holdings Telah Melancarkan Jenama Serta Motosikal Terbaru – SM Sport 110R 2017! (RM3,788)

 

 

  • MForce Bike Holdings telah melancarkan SM Sport, sebuah jenama baru motosikal keluaran tempatan dan juga motosikal pertama mereka; SM Sport 110R 2017.
  • Jenama motosikal tempatan ini telah dibangunkan dengan kerjasama Benelli dan Keeway untuk membekalkan jentera berkualiti tinggi pada harga berpatutan di pasaran ASEAN.
  • Motosikal SM Sport 110R 2017 ini diletakkan harganya pada RM3,788 (asas tanpa GST).

Continue reading “MForce Bike Holdings Telah Melancarkan Jenama Serta Motosikal Terbaru – SM Sport 110R 2017! (RM3,788)”

Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya 2017 Untuk Anak-Anak Yatim

  • Kawasaki Motors Malaysia (KMSB) telah menganjurkan satu rumah terbuka Hari Raya yang istimewa pada hari Sabtu dirancang khas untuk meraikan anak-anak yatim serta seluruh warga Kawasaki.
  • Kakitangan, rakan taulan, serta keluarga ahli Kawasaki Owners Group Malaysia semuanya telah menghadiri acara meriah ini yang telah diadakan di Dewan Angkasaraya berdekatan dengan pangkalan udara TUDM, Sungai Besi.
  • Selain daripada makanan yang lazat, aktiviti yang menyeronokkan serta teman yang hebat, KMSB juga turut menyediakan satu sesi tunggang uji istimewa bagi mereka yang berminat untuk mencuba Kawasaki Z900 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS, dan Versys-X 250.

Continue reading “Kawasaki Motors Malaysia Menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya 2017 Untuk Anak-Anak Yatim”

Motosikal Konsep Ducati Oleh Jakusa Design Yang Lain Daripada Lain!

 

  • Jakusa Design telah mengeluarkan beberapa rekaan konsep yang menarik bagi beberapa motosikal Ducati semasa dan yang terdahulu dengan beberapa kemaskini futuristik yang cukup cantik sekali.
  • Mereka telah menghasilkan beberapa model contoh untuk model-model utama Ducati seperti Panigale, XDiavel, Desmosedici, Hypermotard, Monster serta banyak lagi.
  • Di mana kebanyakan motosikal konsep cenderung untuk kelihatan terlalu futuristik, motosikal yang telah dihasilkan oleh Jakusa Design tampak seperti ianya mampu dihasilkan dari kilang dalam masa terdekat (pada pandangan kami).

Continue reading “Motosikal Konsep Ducati Oleh Jakusa Design Yang Lain Daripada Lain!”

MotoGP: Alvaro Baustista Akan Kekal Bersama Aspar Bagi Musim 2018

  • Alvaro Baustista telah mengesahkan bagi musim 2018 dia akan terus berlumba bagi pasukan semasanya, Aspar Team.
  • Penunggang kelahiran Sepanyol yang berusia 32 tahun itu telah menunjukkan prestasi yang konsisten buat setakat ini dalam separuh yang pertama musim 2017, dengan pencapaian tertingginya buat setakat ini di tempat ke-empat pada pusingan GP Argentina dan beberapa penamat sepuluh keatas yang lain.
  • Baustista akan mengemudi jentera Ducati Desmosedici GP17 bagi musim 2018 dengan penunggang ke-dua pasukan itu yang masih belum disahkan.

Continue reading “MotoGP: Alvaro Baustista Akan Kekal Bersama Aspar Bagi Musim 2018”

Anda Pasti Tidak Akan Percaya Siapa Yang Ingin Beli Ducati!

  • Laporan terkini dari Reuters menunjukkan beberapa lagi nama telah muncul sebagai bakal pemilik baru Ducati.
  • Buat masa ini, pilihan terbaru yang mendahului perang pembidaan adalah keluarga Benetton dari Itali yang merupakan orang yang sama menerajui United Colors of Benetton.
  • Firma-firma lain seperti Bajaj, Polaris, Harley-Davidson dan Eicher Motors masih lagi berpeluang memiliki Ducati yang kini menuju ke pusingan kedua bidaan bermula pada bulan hadapan.

Continue reading “Anda Pasti Tidak Akan Percaya Siapa Yang Ingin Beli Ducati!”

Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 Kini Boleh Didapati Di Malaysia – RM52,000

 

  • Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Malaysia telah mengumumkan Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 kini boleh didapati dalam rangkaian motosikal besar mereka.
  • Yamaha MT-09 Tracer yang dipasang dalam negara ini merupakan model motosikal besar Yamaha yang ke-empat yang dipasang di kilang pemasangan Yamaha di Sungai Buloh.
  • Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 ini diletakkan pada harga RM52,000 (asas beserta GST).

Continue reading “Yamaha MT-09 Tracer CKD 2017 Kini Boleh Didapati Di Malaysia – RM52,000”